PKMM Sabah

Latar Belakang Persatuan

PENGENALAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut “Malay Contractors Association” dan nama ringkasnya PKMM.  Ditubuhkan pada 11hb Mac 1975 di bawah Pendaftaran 1596 (Selangor).

OBJEKTIF PENUBUHAN

Untuk mewujudkan dan membangunkan satu masyarakat Melayu ke arah menjadikan warga kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif and tahan daya saing untuk mendokong cita-cita Negara, di samping menyumbang kepada kekukuhan ekonomi Bangsa Melayu.

PIAGAM PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA

  1. Mewujud dan memastikan ahli-ahli supaya lebih bertanggungjawab, komited dan aktif dalam bidang pembinaan ke tahap kontraktor cemerlang.
  2. Mengutamakan pembinaan yang bermutu tinggi, penjimatan kos dan menepati masa serta memuaskan pelanggan.
  3. Sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan dan agensi-agensi kerajaan terutama yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.
  4. Menjamin Kontraktor Melayu supaya sentiasa menyokong dan menghargai dasar-dasar dan usaha-usaha Kerajaan untuk membangunkan Negara.
  5. Melahirkan Kontraktor yang berkualiti seiring dengan hasrat Kerajaan menuju Negara maju.
  6. Komited dalam membantu menyelesai dan mengurangkan permasalahan Kontraktor Melayu secara keseluruhan.
  7. Memantau dan menyelaras aktiviti Kontraktor Melayu di seluruh Negara.