PKMM Sabah

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sabah Kali Ke-19

14 April 2018 - Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sabah Kali Ke-19, telah diadakan di Pejabat PKMM Sabah, Metrotown, Sabah. Ketibaan Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar Samad, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia bersama YDP-YDP Negeri telah di sambut oleh seluruh perwakilan serta ahli PKMM Sabah.

Aturcara di mulakan dengan bacaan doa, dan seterusnya ucapan aluan dari Saudara Nasruddin Datuk Dr Mohd Yaakub, YDP PKMM Sabah. Dalam ucapan yang di sampaikan, beliau mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Dato’ Haji Mohktar Bin Samad selaku Presiden PKMM Malaysia dalam memberi kepercayaan kepada PKMM Sabah untuk mara ke depan dengan menyuntik semangat untuk mentadbir persatuan pada tahap yang membanggakan. Tunjuk ajar Datuk Wira Hj Jamaludin Hj Abdul Rahim selaku Setiausaha Agung Persatuan PKMM Malaysia yang tidak pernah berputus asa memberi tunjuk ajar dalam urusan pentadbiran PKMM Sabah supaya lebih mapan.

Aturcara di teruskan dengan ucapan Perasmian mesyuarat yang di sampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar. Dalam ucapan yang di sampaikan, beliau menyatakan keterujaannya bahawa PKMM Sabah telah muncul kembali dan digembleng oleh orang-orang muda. Beliau berharap agar PKMM Sabah terus berkembang maju dan lebih banyak lagi aktiviti dapat di rancang di masa akan datang.