PKMM Sabah

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PKMM Sabah

PKMM Sabah

KOTA KINABALU 26 Ogos - Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Dato’ Mokhtar Hj Samad telah merasmikan Mesyuarat Agung Khas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sabah bagi tahun 2017/2019 yang diadakan di Kota Kinabalu. Turut hadir pada mesyuarat Agung Khas PKMM Sabah Dato' Haji Ismail Suut Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan Datuk Wira Haji Jamaludin Haji Abdul Rahim, Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.

Dalam ucapan perasmian Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) , Dato’ Mokhtar Hj Samad, mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sabah yang telah mempamerkan komitmen dan kesungguhan dalam memartabatkan kontraktor bumiputera Sabah dan menyokong penuh usaha ini. Beliau turut menekankan kontraktor-kontraktor perlu sentiasa menyiapkan diri untuk menambah kepakaran dan meningkatkan kualiti kerja supaya lebih berdaya saing dengan mengambil pendekatan yang kreatif dan inovatif supaya dapat bersaing di peringkat global khususnya.

Beliau turut memuji usaha golongan usahawan muda untuk bersatu di bawah payung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dalam menyuarakan pandangan serta aspirasi Kontraktor di Negeri Sabah supaya pandangan-pandangan dan inisiatif dapat disusun dengan lebih teratur dan efisien. Beliau turut berkongsi pengalaman YDP PKMM Negeri Perak dan YDP PKMM Negeri Sarawak yang telah berjaya membangunkan Persatuan PKMM Negeri melalui penglibatan dalam projek mega seperti projek Pembangunan 320 unit rumah di Negeri Perak dan Pan Borneo di Negeri Sarawak. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Khas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sabah.

Pada Mesyuarat Agung Khas PKMM Sabah tersebut, seramai 68 ahli PKMM Sabah hadir semasa pemilihan Jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan naib Yang Dipertua bagi tahun 2017/2019 yang telah dimenangi oleh En. Mohd. Nasruddin. Bin. Datuk. Dr. Mohd. Yaakub untuk jawatan Yang Dipertua PKMM Sabah, En. Muhammad Mustaqeem. Bin. Datuk Hj. Tawfiq untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua PKMM Sabah, dan Muhammad Rafiudin. Bin. Hj Gulistan untuk jawatan Naib Yang Dipertua PKMM Sabah dengan rasminya. Y.Bhg. Datuk. Awang Buhtamam Bin Awang Mahmun dilantik sebagai Penaung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sabah.